Saturday, 24 May 2014

BALADA SEORANG GADIS KECIL




Gadis Kecil Itu Telah Bertahun
Dicengkam Derita
Di Khemah Pelarian
Yang Menjanjikan Duka Cita

Munir Tak Mengenal Erti Cinta
Telah Kering Airmata
Menangisi Kematian
Ayah Bonda Dan Saudara

Pada Suatu Senja
Langit Syatila
Menyaksikan Pembunuhan
Anak Kecil Dan Wanita

Munir Ditembak
Penuh Luka
Tapi Ajalnya Belum Tiba
Kerna Tuhan Mengasihi Dia

Peristiwa Hitam 17 September
Telah Menjadi Bukti
Sempurnalah Kekejaman
Suatu Bangsa Yang Sombong Dan Hina

Berapa Banyak Lagi
Gadis Kecil Tak Berdosa
Akan Menjadi Mangsa
Kekejaman Manusia

Berapa Abad Lagi
Gadis Kecil Seperti Munir
Akan Menjadi Korban
Peperangan


By: Zubir Ali

Thursday, 8 May 2014

HAK MANUSIA DALAM MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR


Sejak akhir-akhir ini, saya ada melihat segelintir rakyat Malaysia yang langsung tidak mahu menjaga kebersihan alam sekitar. Pada hakikatnya, kerajaan banyak melakukan kempen supaya kita semua sentiasa menjaga alam sekitar supaya sentiasa bersih. Tetapi rakyat malaysia seolah-olah masih tidak sedar akan pentingnya kebersihan alam sekitar pada diri mereka sendiri. Jadi, jom kita sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar di samping menyokong usaha kerajaan dalam usaha untuk menjaga kebersihan alam sekitar.







Monday, 7 April 2014

La Tahzan










Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
Mereka sentiasa berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta, jiwa dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja
Siapa Tuhan kamu
Siapa guru kamu
Apa pesanan kamu
Apa cita-cita hidup kamu
Takkan kita hanya berdiam sahaja
tonton video disini : http://www.youtube.com/watch?v=KvvIuKxqFEE

Komen : Lagu diatas adalah merupakan luahan hati individu tersebut tentang pengalamannya sendiri berada di bumi Gaza. Lagu ini menceritakan betapa tabah dan sabarnya rakyat Gaza dalam menempuhi dugaan. Sedikit sebanyak lagu ini dapat memberi semangat kepada mereka. Kita yang hidup aman dan damai ini hendaklah sentiasa bersyukur dan teruskan berdoa semoga mereka diberi kekuatan semangat untuk manghadapi dugaan. Jangan bersedih wahai rakyat Gaza. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.

Wanita Palestin Menderita Di Dalam Penjara

Pertubuhan-pertubuhan wanita seluruh dunia melaungkan suara setinggi-tingginya, mempertegas kewajipan menjaga hak-hak wanita dan mengkritik mana-mana negara yang melakukan kezaliman ke atas hak-hak mereka. Namun suara wanita-wanita Palestin yang meringkuk di dalam penjara Zionis tiada siapa yang mendengarnya! Di sana terdapat 37 orang tahanan yang bukan sahaja dirampas hak kebebasan daripada mereka, malah perkara lebih asas yang dijamin oleh nas undang-undang yang wajib diperoleh setiap manusia pun tidak diberikan.


Ketua lujnah media, Riadh al-Asyqar menjelaskan bahawa lebih daripada 10,000 wanita Palestin pernah mengalami keperitan penjara sejak 1967. 
Para tahanan ini dihalang daripada mendapat hak yang telah disepakati di peringkat antarabangsa seperti hak mendapat rawatan dan sebagainya. Mereka juga dihalang daripada mendapat pendidikan peringkat menengah dan tinggi. Bahkan mereka tidak dibenarkan membawa masuk buku-buku serta majalah dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perpustakaan yang khusus untuk para tahanan.
Pihak pengurusan penjara tidak teragak-agak untuk melakukan pelbagai bentuk seksaan dan penderaan demi menambahkan lagi tekanan ke atas tahanan ini. Tujuan mereka adalah untuk melemahkan semangat mereka atau menggerunkan masyarakat di luar sana supaya tidak berani melawan dan serik untuk berjuang melawan mereka.
Mereka meredah masuk ke dalam penjara sesuka hati mereka. Selalunya mereka meredah masuk pada waktu lewat malam. Mereka mengacau barang-barang peribadi tahanan, menggeledah apa saja yang ada di dalam bilik kurungan konon mencari barang yang dilarang. Mereka tidak langsung menghormati hak peribadi tahanan dengan meredah masuk tanpa isyarat terlebih dahulu untuk memungkinkan tahanan memakai tudung dan membetulkan pakaian. Pihak pengurusan penjara juga menggunakan kaedah pengasingan bagi meningkatkan tekanan ke atas tahanan. Satu-satunya tahanan yang berasal dari Gaza, Wafa’ al-Bas ditempatkan di penjara yang terletak di Ramalah di samping penjenayah sudah lebih daripada 5 bulan.
Selain itu, tahanan yang berada di penjara Damun di awal tahun ini telah dipindahkan ke bahagian lain yang amat kurang keperluan asas untuk hidup lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Waktu hujan, air menitis ke dalam sel dan bilik kurungan dari celah tingkap dan pintu sehingga meresap ke tempat tidur dan tempat penyimpan pakaian. Lebih bahaya lagi, air yang menitis itu terkena wayar elektrik, menyebabkan para tahanan diancam bahaya. Air panas untuk mandi tidak ada. Bilik air pula terletak di luar sel.
Disebabkan polisi kecuaian penjagaan kesihatan yang disengajakan, sepertiga daripada tahanan menghidap bermacam-macam penyakit yang berbahaya. Mereka mengadu tiada doktor pakar dihantar memeriksa dan merawat mereka dan tiada doktor perempuan menjaga hal ehwal tahanan yang sakit di dalam penjara. Pihak pengurusan hanya menyediakan jururawat yang tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memberi pil penahan sakit.
Oleh itu semua pihak diseru, khususnya yang memiliki kekuasaan agar memberi perhatian yang serius kepada nasib tawanan ini.